WANITA BERTELEKUNG PUTIH
Assalamualaikum dan Hi. Ini merupakan blog pertama aku dan harap pembaca-pembaca gemar dengan kisah seram kami. Aku Atiqah. Merupakan anak sulung dalam 5 beradik. Kisah pelik ini terjadi ketika aku berusia 4 ke 5 tahun. Disebabkan pada masa itu keluarga aku ada masalah kewangan, jadi aku lambat menjejaki dunia tadika. Jadi, sebagai seorang anak kecil kampung, aku banyak menghabiskan masa dengan menulis, melukis dan mewarna. Masih segar dalam ingatan , mak aku suka lukis gamba ice cream untuk aku warna. Ye lahh. waktu tu aku ada 2 orang adik je. Dua dua masih kecil. Jadi nak tak nak, aku kene menghabiskan masa dengan melayan diri sendiri. Seperti biasa, aku akan duduk di tepi pintu utama rumah untuk dapatkan angin dari luar. Selepas mak aku selesaikan lukisan, aku akan duduk di situ, dan terus mewarna dengan sendiri. Satu hari, sementara mak aku sebok masak dan mengemas di dapur, dan aku pula ralit mewarna, aku ternampak sesusuk tubuh wanita bertelekung melintas laju di...