Assalamualaikum dan Hi. Ini merupakan blog pertama aku dan harap pembaca-pembaca gemar dengan kisah seram kami. Aku Atiqah. Merupakan anak sulung dalam 5 beradik. Kisah pelik ini terjadi ketika aku berusia 4 ke 5 tahun. Disebabkan pada masa itu keluarga aku ada masalah kewangan, jadi aku lambat menjejaki dunia tadika. Jadi, sebagai seorang anak kecil kampung, aku banyak menghabiskan masa dengan menulis, melukis dan mewarna. Masih segar dalam ingatan , mak aku suka lukis gamba ice cream untuk aku warna. Ye lahh. waktu tu aku ada 2 orang adik je. Dua dua masih kecil. Jadi nak tak nak, aku kene menghabiskan masa dengan melayan diri sendiri.
Seperti biasa, aku akan duduk di tepi pintu utama rumah untuk dapatkan angin dari luar. Selepas mak aku selesaikan lukisan, aku akan duduk di situ, dan terus mewarna dengan sendiri. Satu hari, sementara mak aku sebok masak dan mengemas di dapur, dan aku pula ralit mewarna, aku ternampak sesusuk tubuh wanita bertelekung melintas laju di halaman rumah. Wanita itu melintas dari arah masjid sebelah rumah ku dan terus menghilang seelok saja melintasi rumahku. Pada mulanya aku tergamam, kerana aku tak pernah melihat orang bergerak selaju itu seperti sekali lalu. Dan muka wanita itu tidak dapat aku lihat. Seperti tiada hidung, mata dan mulut. Kosong semuanya. Tapi aku yakin itu wanita. Tak kan lah lelaki memakai telekung,kan? .
Aku yang dalam ketakutan terus berlari ke dapur, mengadu pada mak aku tentang pernampakan wanita bertelekung itu. Mak aku pada mulanya mengendahkan cerita aku dan cakap aku silap pandang. Tetapi satu hari, mak aku sendiri yang terkena. Sedang mak aku sebok membuat kerja di dapur sambil menghadap tingkap, tiba tiba mak aku terus berlari ke arah ku yang berada di ruang tamu dan memeluk ku. Masih ingat situasi itu, setelah mak aku peluk aku, dia terus menutup semua pintu dan tingkap. Aku pula terpinga pinga melihat gelagat mak. Yelah,masatu kan aku kecil lagi, jadi mak aku tak da lah cerita hal sebenar pada aku ketika itu.
Beberapa tahun selepas itu, baru mak aku memberitahu yang dia percaya apa yang aku ceritakan tentang wanita bertelekung itu. Titik mulanya mak aku percaya dengan cerita itu apabila mak aku sendiri melihat wanita itu melintas di kawasan tepi rumah kami. Apa yang mak aku nampak, sama seperti apa yang aku nampak. Tiada hidung,mata dan mulut. Dan wanita itu melintas sangat sangat laju.
Sampai sekarang aku tidak tahu apa kaitan wanita bertelekung putih itu dengan rumah yang kami duduk. Baru baru ini, setelah berbelas tahun kejadian itu berlaku, wanita itu muncul semula. Hmmm. Kali ini bukan di kawasan rumah, tapi di dalam rumah. Dia berdiri tegak di kawasan singki rumah menghadap ke tingkap. Waktu tu waktu malam. Untuk ke bilik air dan tandas, kami akan lalu kawasan dapur terlebih dahulu. Tipulah kalau mak aku tidak terkejut. Kerana yang berdiri itu bukannya manusia, yang pastinya ciptaan Allah yang 'lain'.
Siapa engkau? Aku tertanya tanya, adakah engkau penjaga rumah atau rumah ku ini hanya kawasan untuk engkau melintas?. Dan kenapa setelah berbelas tahun kau menghilang, akhirnya kau muncul semula? Apa tujuan kau hadir kembali dalam kehidupan kami?.
Mungkin ada di antara kalian pernah melihat 'DIA'. Yang pasti jalan cerita kita berbeza. Ini merupakan pengalaman aku dan mak aku sendiri . Bukan rekaan semata mata. Jujurnya, hingga kini kami takut dengan wanita itu.
Banyak lagi kisah kisah seram menarik yang kami sekeluarga hadapi akan aku ceritakan di kemudian hari.Segala kekurangan dalam penyampaianku, aku mohon maaf. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
ANDAI ADA SESUATU YANG KAU INGIN SAMPAIKAN PADA KAMI, BERSEMUKALAH.
ANDAI KAU HANYA INGIN MENUMPANG LALU, JANGAN KAU TUNJUK KEHADIRAN MU.
APA MOTIF MU MUNCUL SEMULA SETELAH SEKIAN LAMA MENGHILANG?
Ulasan
Catat Ulasan